Hari ini, Nokia telah pun menambah portfolio peranti pintar Windows Phone mereka, dengan memperkenalkan peranti ke-empat dalam keluarga tersebut, iaitu Nokia Lumia 610, yang mana membawakan bersama dengannya platform Windows Phone yang dioptimasikan untuk spesifikasi rendah.
Bersama-sama dengan Nokia Lumia 610, ia membawakan cip pemprosesan 800MHz, memori sebanyak 256MB RAM dan juga kamera 5-megapixel pada bahagian belakangnya. Memandangkan spesifikasinya yang rendah, maka beberapa aplikasi yang menggunakan sumber tinggi tidak akan disokong padanya.
Nokia Lumia 610 dengan Windows Phone 7.5 Tango ini bakal dilancarkan kepada pasaran global sekitar suku tahun kedua tahun ini, dan akan berharga kurang daripada RM800 di pasaran tempatan.