Cari @ Amanz

Kamera pada Nokia N8 masih lagi dipuji sehingga ke hari ini, dan Nokia terus membawakan penambah-baikkan, dengan memperkenalkan Nokia 808 PureView dengan kamera 41-megapixel padanya. Dan seperti pada Nokia N8, Nokia 808 PureView turut sama dijana menggunakan Nokia Belle (Symbian) padanya.

Secara asasnya, ia mengambil data daripada gambar, dan menyatukan sebanyak tujuh pixel berdekatan kepada 1 pixel gambar, sekaligus menjana gambar dalam saiz bentuk 5-megapixel padanya. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan kanta Carl Zeiss f2.4 padanya, dan membolehkan para pengguna zoom akan sesuatu gambar sehingga 3 kali tanpa kehilangan sebarang kejelasan padanya. Ia juga boleh merakamkan video dalam bentuk HD penuh pada kadar 30fps, dengan sokongan zoom sehingga 4 kali.

Dari segi spesifikasi, Nokia 808 PureView membawakan skrin sentuh ClearBlack bersaiz 4-inci, cip pemprosesan 1.3GHz SoC, memori terbina sebanyak 16GB, sokongan NFC, dan dijana menggunakan Nokia Belle padanya. Dari segi harga, ia dijangka berharga sekitar RM1800 di pasaran tempatan kelak. Tarikh pelancaran rasmi di Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd