ZTE Turut Sama Memperkenalkan Peranti Windows Phone Mampu Milik – ZTE Orbit

ZTE Turut Sama Memperkenalkan Peranti Windows Phone Mampu Milik – ZTE Orbit

Diterbitkan pada Feb 27, 2012 oleh .

Selain daripada Nokia yang melancarkan peranti Windows Phone 7.5 yang mampu milik menggunakan versi terkini, Tango, ZTE turut sama mengikut jejak langkah, dengan melancarkan peranti Windows Phone 7.5 mampu milik mereka, dikenali sebagai ZTE Orbit.

Buat masa ini, spesifikasi penuh peranti tersebut tidak diketahui. Dan melalui maklumat yang dikeluarkan oleh pihak ZTE, ia membawakan kamera terbina 5-megapixel, dengan ruangan storan terbina dalaman sebanyak 4GB, 512MB RAM dan juga cip pemprosesan 1GHz Qualcomm padanya.

ZTE Orbit ini dijangka akan menemani peranti ZTE Tania dalam membawakan peranti dengan platform Windows Phone daripada pengeluar peranti terkemuka itu. Kedua-dua peranti ini disasarkan akan mula dijual dipasaran global bermula daripada suku tahun kedua tahun ini, dan harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN