Cari @ Amanz

Tahun 2012 merupakan salah satu tahun yang penting untuk pihak Mozilla, dimana selain daripada memfokuskan kepada dua produk terkemuka mereka, Firefox dan Thunderbird, mereka juga terus memperluaskan produk mereka dalam dunia web terbuka.

Antara produk yang diberikan perhatian utama sepanjang tahun ini adalah termasuk Mozilla Persona (BrowserID), dan juga Boot-To-Gecko, selain daripada Mozilla Marketplace.

Boot-To-Gecko merupakan jawapan Mozilla untuk platform mudah-alih mereka yang berasaskan HTML5. Untuk menjayakannya, Mozilla telah pun mendapat sokongan Telefonica dan beberapa syarikat lain. Ia akan beroperasi sepenuhnya menggunakan HTML5, CSS dan juga JavaScript, memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi untuknya, disamping para pengguna boleh mendapatkan peranti ang menggunakannya pada harga yang amat berpatutan.

Dan untuk menjayakannya, Mozilla turut sama bakal melancarkan Mozilla Marketplace. Untuk memulakannya, kini Mozilla telah pun memperkenalkan projek Mozilla Labs Apps, membolehkan para pembangun mula membangunkan dan mengoptimasikan aplikasi web mereka untuk Mozilla Marketplace, sebelum ianya dilancarkan secara rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd