Cari @ Amanz

Mungkin minggu ini adalah minggu yang menarik untuk para peminat Nokia. Selepas Nokia mengumumkan peranti baru keluarga Lumia, dan juga pengenalan peranti keluarga Symbian dengan kamera 41-megapixel, nampaknya, Nokia turut sama telah memperkenalkan kemaskini MeeGo 1.2 kepada para pengguna N9 seluruh dunia.

Buat masa ini, kemaskini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan membawakan beberapa fungsi baru melalui fail kemaskini bersaiz 284MB. Antara perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengannya adalah termasuk sokongan panggilan video, membolehkan anda membuat panggilan video kepada rakan-rakan anda. Selain itu, ia turut menyertakan sokongan untuk membuat folder, sekaligus memudahkan anda menyusun dan mengakses aplikasi anda pada peranti Nokia N9. Sokongan salin-tampal (copy & paste) turut sama didatangkan padanya.

Bagi anda yang menggunakan Nokia N9, mungkin boleh mengemaskini peranti anda kepada versi terbaru ini, dan menggunakan fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd