Cari @ Amanz

Keselamatan sesuatu laman web menjadi salah satu perkara utama pada zaman digital kini, dengan pelbagai laman yang digodam dari hari ke hari. Dan dalam usaha untuk memudahkan anda menemui masalah pada laman web atau pemasangan CMS anda, kini sebuah perkhidmatan baru dilancarkan dalam bentuk alpha, iaitu 6scan.

Melalui 6scan, ia menawarkan perkhidmatan untuk mengimbas laman web anda untuk mengetahui masalah-masalah yang terdapat padanya membolehkan para pengodam menceroboh laman anda. Disamping itu, mereka menyediakan beberapa pelan tambahan, dimana mereka menawarkan pelan berbayar, yang membolehkan mereka mengatasi dan memperbaiki masalah sekuriti pada halaman anda secara automatik, dan serta-merta.

Bagi pelan berbayar, ia menghantar emel terus kepada anda sekiranya menemui sebarang permasalahan, sekaligus membolehkan anda mengatasi sesuatu perkara itu dengan pantas. Namun, ia memerlukan sedikit pengetahuan teknikal. Dan bagi mereka yang tidak ingin melakukannya sendiri, boleh melanggan perkhidmatan berbayar daripada pihak 6scan pada kadar yang amat berpatutan.

Memandangkan ianya masih pada peringkat alpha, 6scan hanya melancarkan sokongan untuk platform WordPress terlebih dahulu, dimana mereka menyediakan sebuah plugin khas yang boleh menyemak masalah sekuriti pada pemasangan anda. Sokongan untuk Drupal, Joomla dan beberapa lagi platform dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Bagi para pembangun web yang berminat, mungkin anda boleh menguji keselamatan dan sekuriti pemasangan anda hari ini menggunakan perkhidmatan 6scan ini, dan mengambil langkah yang patut diatasi untuk mengelakkan laman anda digodam. Selain daripada 6scan, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan seperti CloudFlare dan sebagainya, untuk menambahkan lagi keselamatan pada laman web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd