Piktochart Melancarkan Aplikasi Membina Infografik Kepada Semua

Piktochart Melancarkan Aplikasi Membina Infografik Kepada Semua

Diterbitkan pada Feb 28, 2012 oleh .

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai Piktochart
, salah satu aplikasi web daripada pembangun tempatan yang memfokuskan untuk memudahkan sesiapa sahaja membuat kandungan berbentuk infografik. Dan akhirnya, hari ini perkhidmatan tersebut dibuka kepada umum, membolehkan semua mendaftar dan menggunakannya tanpa sebarang bayaran.

Berbeza dengan sebelum ini, aplikasi Piktochart yang dilancarkan kelihatan lebih lancar dan menarik berbanding versi ujian sebelum ini. Beberapa tema pilihan disediakan, membolehkan anda memilih, dan kemudiannya menambah kandungan padanya, termasuk dalam bentuk teks dan juga gambar dengan pantas.

Pendaftaran juga boleh dilakukan dengan mudah menggunakan akaun Facebook atau Twitter, dan pihak Piktochart turut menyediakan beberapa pelan melalui perkhidmatan mereka untuk mereka yang inginkan fungsi tambahan.

Jadi, bagi anda yang ingin membuat infografik anda serta-merta, boleh mencuba Piktochart hari ini, dan memberikan maklumbalas anda berkaitan dengan perkhidmatan tersebut.


TIPS & ULASAN