RIM Memperlihatkan Sokongan Perkongsian Tanpa Wayar Pada BlackBerry PlayBook

RIM Memperlihatkan Sokongan Perkongsian Tanpa Wayar Pada BlackBerry PlayBook

Diterbitkan pada Feb 28, 2012 oleh .

Pelbagai kejutan dibawakan oleh para pembangun peranti melalui Mobile World Congress yang diadakan di Barcelona minggu ini. Sekiranya semalam pihak Nokia melancarkan telefon pintar dengan kamera 41-megapixel, kini Research In Motion memperlihatkan sokongan perkongsian tanpa wayar melalui tablet mereka, BlackBerry PlayBook.

Ia masih diperkatakan sebagai dalam peringkat konsep, dan masih tidak diketahui samada adakah ianya bakal dilancarkan kepada umum ataupun tidak. Melalui perkongsian ini, para pengguna boleh berkongsi fail, dokumen dan pelbagai perkara tanpa perlu untuk menyambungkannya secara tradisional seperti sebelum ini, dan amat bersesuaian untuk melakukan persembahan dan perbincangan.

Mungkin sekiranya fungsi ini dilancarkan oleh pihak RIM, penjualan BlackBerry PlayBook dikalangan pengguna perniagaan dan perusahaan mungkin sedikit meningkat berbanding sekarang ini.

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak RIM berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN