Cari @ Amanz

Dengan dunia teknologi yang bergerak pantas, hari ini, Microsoft Research memperlihatkan sokongan kolaborasi masa nyata melalui apa yang dipanggil Illumishare. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk berkongsi sebarang objek samada fizikal mahupun objek secara masa-nyata bersama rakan mereka yang lain dengan mudah.

Microsoft mendemonstrasikan fungsi dan teknologi Illumishare ini dengan disertakan bersama-sama dengan Skype, berkemungkinan sekiranya ia diperkenalkan, mungkin akan didatangkan sebagai fungsi tambahan untuk Skype.

Melaluinya, ia menggunakn sebuah projektor kamera yang merakamkan gambar sebahagian daripada tempat anda, dan menggunakannya dalam berinteraksi bersama yang lain, dan kawasan dibawah Illumishare turut sama dipaparkan kepada rakan anda.

Ia masih lagi pada peringkat konsep dan kajian buat masa ini. Namun, dengan teknologi yang bergerak pantas, ia berkemungkinan akan menjadi realiti setahun dua lagi, sekaligus membolehkan dan memudahkan anda berinteraksi dan berkolaborasi dengan rakan anda diseluruh dunia dengan lebih efektif lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd