Rais Yatim Meminta Pegawai Kementeriannya Mendalami Penggunaan Facebook Dan Twitter

Rais Yatim Meminta Pegawai Kementeriannya Mendalami Penggunaan Facebook Dan Twitter

Diterbitkan pada Feb 28, 2012 oleh .

Hari demi hari, para pengguna kini lebih memfokuskan kepada kandungan digital yang dilihat daripada internet mahupun laman sosial. Dan dengan mengikut trend semasa, kini, Menteri Informasi, Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim meminta lebih 1,200 orang pegawai khas di kementerian tersebut untuk lebih memahami penggunaan Facebook dan Twitter.

Menurut Rais Yatim, ianya wajib bagi setiap pegawai tersebut untuk menggunakan dan memahami Facebook dan Twitter, dalam berhubung bersama rakyat dengan lebih efisyen lagi.

Pada masa yang sama, Rais Yatim turut mengeluarkan statistik yang diperoleh daripada pihak mereka, mengatakan kini terdapat lebih 18 juta pengguna komputer di Malaysia dan 10 juta pengguna Facebook di Malaysia (12 juta menurut SocialBakers).


TIPS & ULASAN