Microsoft Research Memperlihatkan Perkomputeran Maya Melalui Desktop 3D

Microsoft Research Memperlihatkan Perkomputeran Maya Melalui Desktop 3D

Diterbitkan pada Feb 28, 2012 oleh .

Pada awal tahun ini, Samsung telah pun memperlihatkan skrin sentuh lutsinar kepada umum pada acara CES, dan kini Microsoft Research pula memperlihatkan dan mendemonstrasikan penggunaan skrin lutsinar besama-sama dengan sokongan Kinect, membolehkan penghasilan desktop 3D dalam bentuk interaktif.

Melalui teknologi ini, ia memfokuskan kepada para pengguna berinteraksi dengan objek maya dengan lebih baik lagi, tanpa perlu melalui penggunaan papan kekunci, tetikus mahupun skrin sentuh.

Microsoft Research memperlihatkan prototaip kepada peranti ini, dimana dengan menggunakan sokongan Kinect, ia membolehkan gerakan tangan pengguna diketahui, sekaligus membolehkan mereka mengawal dan melihat objek-objek dalam bentuk 3D pada skrin desktop lutsinar tersebut.

Ia masih lagi pada peringkat prototaip buat masa ini, dan masih tidak diketahui bilakah akan dikeluarkan untuk pasaran umum.


TIPS & ULASAN