Huawei Memperkenalkan Tablet Dengan Skrin Resolusi Tinggi – MediaPad 10 FHD

Huawei Memperkenalkan Tablet Dengan Skrin Resolusi Tinggi – MediaPad 10 FHD

Diterbitkan pada Feb 28, 2012 oleh .

Pada tahun lepas, pihak Huawei telah pun memperkenalkan tablet mereka yang pertama menggunakan Android, iaitu Huawei MediaPad. Dan hari ini, mereka menambah-baik tawaran mereka, dengan secara rasminya memperkenalkan Huawei MediaPad 10 FHD pada acara Mobile World Congress yang sedang berlangsung di Barcelona.

Seperti pada namanya, Huawei MediaPad 10 FHD membawakan skrin-sentuh seluas 10-inci dengan sokongan paparan definisi tinggi IPS (1920 x 1200), dan memfokuskan kepada tawaran kandungan dalam bentuk definisi tinggi. Ia amat bersesuaian dengan mereka yang ingin menikmati kandungan berbentuk audio dan visual pada tablet mereka.

Huawei MediaPad FHD turut menggunakan cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri oleh mereka, iaitu K3 empat-teras 1.5GHz, sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel dna juga memori sebanyak 2GB RAM.

Tablet ini daripada Huawei dijangka akan dipasarkan bermula daripada suku tahun kedua tahun 2012 ini, dan harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN