Aplikasi Universiti Malaysia Pahang Untuk iOS Kini Dalam Pembangunan

Aplikasi Universiti Malaysia Pahang Untuk iOS Kini Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Feb 28, 2012 oleh .

Aplikasi mudah-alih terutamanya untuk Android dan iOS semakin popular dari hari ke hari, dan kini salah seorang pembangun tempatan dalam fasa pembangunan aplikasi khas memfokuskan kepada para pelajar dan mereka yang terlibat di Universiti Malaysia Pahang. Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana aplikasi seumpamanya juga turut berpotensi untuk dibangunkan untuk universiti lain pada masa akan datang.

Aplikasi untuk Universiti Malaysia Pahang ini diperlihatkan dengan menawarkan akses pantas ke fakulti, selain boleh mengikuti berita-berita berkaitan dan sebagainya terus melalui aplikasi tersebut. Pada masa yang sama, rekabentuk antaramukanya amat kemas, membawakan nilai tambah padanya.

Buat masa ini, paparan yang diperlihatkan masih pada peringkat pembangunan, dan mungkin mengalami perubahan pada masa akan datang. Namun, potensi aplikasi tersebut adalah amat besar. Memandangkan kini para pelajar universiti hampir kebanyakkannya mempunyai telefon pintar, maka ia mungkin salah suatu perkara yang menarik, dimana para pelajar boleh mengikuti jadual pembelajaran, menyemak nota, dan sebagainya terus melalui aplikasi tersebut.

Tambahan lagi, ia juga mungkin boleh disertakan dengan fungsi sosial, sekaligus membolehkan para pengguna seperti menghantar mesej antara satu sama lain melalui aplikasi tersebut, dan berinteraksi dengan para pelajar lain daripada universiti sama dengan pantas, dan tanpa melibatkan kos.

Pelbagai perkara lain juga turut sama boleh ditambah, seperti kupon dalam universiti dan sebagainya, serta membawa aplikasi tersebut kepada suatu tahap yang lebih tinggi lagi. Dan semestinya, penawaran aplikasi dalam bentuk Android, Symbian dan juga BlackBerry akan memudahkan sokongan sosial, dan interaksi dilakukan melalui aplikasi tersebut.

Memandangkan ia masih pada peringkat pembangunan, semestinya pembangun tersebut sendiri mempunyai pelbagai rancangan untuknya. Sama-sama kita nantikan ia dilancarkan kepada umum.


TIPS & ULASAN