Penggunaan Linux Pada Desktop Meningkat Lebih 56% Dalam Tempoh Kurang Setahun

Penggunaan Linux Pada Desktop Meningkat Lebih 56% Dalam Tempoh Kurang Setahun

Diterbitkan pada Feb 28, 2012 oleh .

Sistem operasi Linux pada desktop boleh dikatakan sebagai masih kurang popular, dan hanya hampir 2% komputer diseluruh dunia menggunakannya, jikalau diikutkan daripada data NetMarketShare. Namun menariknya, jikalau dilihat dari segi peratusan peningkatannya, ia memperlihatkan meningkat lebih 56% dalam tempoh kurang setahun kebelakangan ini.

Sistem operasi berasaskan Linux mempunyai pelbagai versi, dan antara yang popular adalah Ubuntu, Fedora, LinuxMint dan beberapa lagi. Dari hari ke hari, boleh dilihat ramai yang mula membincangkan dan juga mencubanya sendiri melalui LiveCD dan sebagainya, dan mungkin angka ini akan terus meningkat dari hari ke hari.

Jikalau dilihat dari segi penggunaan Linux pada pelayan (server) mahupun dunia peranti mudah-alih (Android, MeeGo, dan sebagainya), ia boleh dilihat amat popular, dan mungkin pada suatu masa kelak, ia akan turut menjadi popular dikalangan pengguna desktop.


TIPS & ULASAN