Platform Boot-To-Gecko merupakan jawapan daripada Mozilla untuk platform mudah-alih yang mesra HTML5, dan menggunakan teknologi OpenWeb padanya. Buat masa ini, ia telah mendapat sokongan beberapa pihak, dan kini skrin utama untuk platform tersebut diperlihatkan, menunjukkan antaramuka yang amat kemas, serta akses pantas untuk mesej pada bahagian bawah.
Melalui paparan skrin tersebut juga, ikon Mozilla Market diperlihatkan, dimana kelak padanya pengguna boleh mencari aplikasi berasaskan web dan menambah pada peranti mereka dengan mudah untuk diakses kelak.
Salah satu fungsi menarik padanya adalah sokongan untuk melihat sumber kod, sama seperti pada pelayar web, sekaligus memudahkan para pengguna untuk membuat perubahan, dan penambahan pada kod-kod tersebut serta-merta.
Peranti dengan Boot-To-Gecko dijangka akan diperkenalkan dalam pertengahan kedua tahun ini.