Mozilla B2G Kini Boleh Diuji Pada Samsung Galaxy S2

Mozilla B2G Kini Boleh Diuji Pada Samsung Galaxy S2

Diterbitkan pada Feb 29, 2012 oleh .

Dengan beberapa paparan seperti antaramuka, dan juga skrin permulaan untuk Boot-To-Gecko yang kelihatan, kini pihak Mozilla Developer Network sendiri telah mengeluarkan versi pembangunan untuk Boot-To-Gekco untuk diuji pada peranti anda sendiri. Namun, untuk permulaan ini, mereka hanya sekadar memperkenalkannya untuk peranti Samsung Galaxy S2 sahaja.


Skrin Permulaan Mozilla B2G

Melalui halaman khas pada Mozilla Developer Network, mereka menyediakan tutorial satu demi satu dalam membangunkan dan menggunakan Boot-To-Gecko pada peranti Samsung Galaxy S2 anda. Seperti biasa, ia memerlukan anda untuk memadamkan data pada peranti tersebut, dan seterusnya mengantikan dengan B2G. Dan seperti biasa, ia juga menyertakan langkah untuk anda membuat salinan pendua untuk simpanan, sebelum menggunakan B2G pada peranti tersebut.

Kami sendiri tidak mempunyai Samsung Galaxy S2, sekaligus mungkin tidak dapat mengujinya dalam masa terdekat ini. Sekiranya anda telah mengujinya, jangan lupa berkongsi dengan kami pendapat anda berkaitan dengan Mozilla B2G yang kini masih dalam pembangunan lagi ini.


TIPS & ULASAN