Salah satu perkara yang diperkatakan akan dilancarkan oleh Apple pada minggu hadapan adalah iPad 3 yang semestinya akan menyertakan beberapa fungsi baru bersama dengannya. Melalui ura-ura terkini, ia dilaporkan, iPad 3 kelak akan menyertakan cip pemprosesan empat-teras bersama-sama dengan sokongan rangkaian LTE padanya.
Cip pemprosesan empat-teras bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan pelbagai tablet baru yang dilancarkan sejak daripada awal tahun ini menggunakannya. Malah ia turut menjadi fokus utama pada acara Mobile World Congress yang berlangsung minggu ini.
Berkemungkinan besar, jemputan untuk acara Apple pada minggu hadapan akan mula dihantar bermula daripada minggu ini, sekiranya ianya benar akan dilancarkan pada 7 Mac. Pada masa yang sama, Apple juga sedang dalam fasa terakhir pembangunan iOS 5.1 yang dijangka akan disertakan bersama pada iPad 3 kelak.
ALERT: Quad-Core iPad 3 with 4G LTE to be unveiled in New York next week. -Sources
— CNBC (@CNBC) February 28, 2012