Carian
Sah : iPad 3 Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan – 8 Mac
February 29, 2012 Aman

Akhirnya, kini Apple telah pun mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk menghadiri acara khas mereka, dimana disasarkan Apple bakal melancarkan iPad 3 padanya. Acara tersebut akan diadakan pada pukul 2 pagi waktu tempatan, pada 8 Mac kelak.


Jemputan untuk pelancaran iPad 3 (via)

Buat masa ini, fungsi yang bakal dibawakan padanya tidak diketahui lagi. Namun, beberapa ura-ura mengatakan ia akan membawakan skrin beresolusi tinggi, cip pemprosesan empat-teras dan juga sokongan rangkaian LTE padanya.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh pengeluar tablet paling besar di dunia tersebut melalui acara minggu hadapan.

Komen