Nokia Maps Dan Bing Maps Memperkenalkan Rekabentuk Yang Selari

Nokia Maps Dan Bing Maps Memperkenalkan Rekabentuk Yang Selari

Diterbitkan pada Feb 29, 2012 oleh .

Nokia selain daripada pengeluar peranti mudah-alih terkemuka dunia, mereka juga mempunyai teknologi pemetaan yang terbaik, dan masih sukar ditandingi oleh jenama-jenama lain. Dan hari ini, Nokia dan Microsoft mengumumkan pengenalan rekabentuk selari antara Bing Maps dan juga Nokia Maps, dimana pelbagai elemen seperti penggunaan warna, tulisan dan sebagainya akan diselarikan pada kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Perkara ini berkemungkinan sebahagian daripada kerjasama strategik yang diumumkan oleh Nokia dan Microsoft pada tahun lepas, dimana sekaligus menguntungkan para pengguna Windows Phone dan juga mereka yang gemar rujuk akan Bing Maps ataupun Nokia Maps.

Bagi para pengguna desktop ataupun yang melayari perkhidmatan tersebut melalui peranti mudah-alih, anda boleh melihat rekabentuk baru ini serta merta pada Bing Maps dan juga Nokia Maps bermula daripada hari ini.


TIPS & ULASAN