Android-x86 RC Versi Android 4.0 Sedia Untuk Diuji Pada Netbook Anda

Android-x86 RC Versi Android 4.0 Sedia Untuk Diuji Pada Netbook Anda

Diterbitkan pada Feb 29, 2012 oleh .

Selain daripada kemaskini Android kepada peranti-peranti sedia ada, kini pembangun projek Android untuk desktop, iaitu Android-x86 juga sedang menghampiri fasa akhir untuk melancarkan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dimana versi RC (Release Candidate) sudah pun sedia untuk dimuat-turun semua.

Melalui Android-x86 versi pembangunan ini, ia membawakan antaramuka baru, seperti mana pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan beberapa sokongan perkakasan termasuk untuk AMD Radeon dan juga cip pemprosesan Intel. Sokongan kamera, dan beberapa perkara lain turut didatangkan. Namun, melalui versi RC ini, fungsi Ethernet masih belum diaktifkan padanya.

Untuk makluman, Android-x86 ditujukan khas untuk para pengguna netbook, tetapi masih boleh diuji pada desktop mahupun laptop. Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Android-x86 4.0-RC1 daripada halaman rasmi mereka di Google Code, dan mencubanya pada netbook, ataupun komputer anda yang lain.


TIPS & ULASAN