Carian
Mozilla Membuka Penerimaan Aplikasi Untuk Mozilla Marketplace
February 29, 2012 Aman

Bagi para pembangun aplikasi, hari ini, Mozilla akhirnya telah pun memulakan penerimaan aplikasi untuk Mozilla Marketplace mereka, sekaligus membuka langkah pertama kepada platform web terbuka mereka. Ia juga dijangka akan menjadi sebahagian daripada projek Boot-To-Gecko dan diintegrasikan bersama-sama pada Firefox mereka.


Mozilla Marketplace Pada Boot-To-Gecko [via]

Secara ringkasnya, aplikasi yang diterima pada Mozilla Marketplace adalah berasaskan teknologi HTML, CSS dan juga JavaScript, sekaligus menjadikan sesuatu aplikasi yang dibangunkan tersebut mesra pada pelbagai platform. Mungkin lebih banyak sokongan akan diperkenalkan pada platform mereka pada masa akan datang kepada para pengguna, seperti sokongan identiti Mozilla Persona dan sebagainya.

Bagi para pembangun yang berminat, anda mungkin boleh mengoptimasikan aplikasi web anda supaya menjadi responsif dan menyertakannya pada Mozilla Marketplace hari ini.

Komen