MOL Melancarkan Platform Untuk Pembayaran Atas-Talian – MOLPay

MOL Melancarkan Platform Untuk Pembayaran Atas-Talian – MOLPay

Diterbitkan pada Feb 29, 2012 oleh .

MOL sedia terkenal dengan platform pembayaran mereka untuk permainan atas-talian, terutamanya melalui sokongan pada Friendster dan juga kerjasama bersama Facebook untuk Facebook Credit. Kini, mereka memperluaskan platform mereka, membolehkan para pembangun aplikasi dan web menggunakan perkhidmatan MOLPay sebagai platform pembayaran.

Buat masa ini, laman web MOLPay masih dalam proses kemaskini dan tidak begitu banyak informasi didapati berkaitan dengan pembayaran dan sebagainya. Namun, apa yang diketahui, mereka menawarkan beberapa pakej, dan salah satunya adalah pakej Lite, yang membolehkan penjual tidak perlu membayar sebarang yuran bulanan, sebaliknya hanya membayar yuran untuk sesuatu transaksi sahaja.

Pada masa yang sama, MOLPay juga turut memperkenalkan sokongan untuk pelbagai aplikasi web, seperti Joomla!, WordPress, Magento dan sebagainya. Memandangkan MOLPay turut sama menyokong pembayaran melalui 7Eleven, Popular dan sebagainya, maka mungkin ia akan menjadi salah satu platform pembayaran utama tidak lama lagi untuk transaksi atas-talian.


TIPS & ULASAN