Effective Measure hari ini telah pun mengeluarkan statistik semasa para pengguna digital di Malaysia untuk bulan Januari yang lepas, dimana dari statistik yang dikeluarkan, ia memperlihatkan sebanyak 32% pengguna digital tempatan mengakses internet melalui peranti mudah-alih, memperlihatkan potensi kandungan mudah-alih di Malaysia sepanjang tahun ini.
Dari segi pengguna, sebanyak hampir 58% pengguna digital tempatan adalah lelaki, dengan majoriti daripada mereka, menggunakan 56% bahasa Malaysia sebagai bahasa interaksi, serta kumpulan pengguna yang paling ramai berumur 21 hingga 30 tahun.
Angka pengguna digital tempatan dijangka akan terus berkembang sepanjang tahun ini, dengan lebih banyak kawasan menerima sambungan internet berkelajuan tinggi, disamping kos pembelian peranti mudah-alih dan juga komputer yang dijangka akan terus menurun sepanjang tahun ini.