Admax Network merupakan salah satu syarikat pengiklanan digital yang memfokuskan para pengguna di Asia Tenggara, dan boleh diperkatakan sebagai salah satu platform pengiklanan yang popular di Malaysia. Hari ini, ia diumumkan dimana Komli Media, salah satu syarikat media teknologi di Asia Pasifik telah pun mengambil-alih Admax Network.
Harga dan terma pengambil-alihan Admax Network tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Dengan pengumuman ini, ia sekaligus menjadikan Admax Network sebahagian daripada platform media nombor satu Asia Pasifik.
Pada masa yang sama, pihak Komli Media turut sama mengeluarkan kenyataan, menganggarkan pasaran pengiklanan atas-talian di Asia Tenggara adalah sekitar US$250 – $300 juta untuk setahun, dan angka tersebut meningkat hampir 30% hingga 40% setahun.