Sejak beberapa minggu dan bulan yang lepas, perbincangan mengenai Raspberry Pi telah hangat dibincangkan, dimana mereka membawakan komputer bersaiz kecil, lebih kurang sebesar kad pengenalan dengan menggunakan Linux. Dan bermula hari ini, ia telah pun dimulakan jualannya, membolehkan para pengguna mendapatkannya pada harga pilihan antara $35 ataupun $25.
Raspberry Pi menawarkan dua pilihan iaitu Model A dan juga Model B, dimana masing-masing membawakan sokongan yang sama cuma pada Model B dengan penambahan port Ethernet dan juga 2 port untuk USB. Ia dibangunkan menggunakan cip pemprosesan ARM 11 700MHz, RAM 256Mb. Buat masa ini, ia menyokong Fedora, Debian dan ArchLinux padanya, dan mungkin banyak lagi sistem operasi akan disokong dalam masa terdekat.
Ia dilihat penjualannya mendapat sambutan yang hangat, dengan salah satu penjualnnya dikatakan telah kehabisan stok manakala lagi satu penjual dikatakan tidak membuat penghantaran ke seluruh dunia. Kami akan mencuba nasib untuk membuat tempahan untuknya, dan anda juga boleh mencuba nasib pada laman Premier Farnell atau RS Components. Harga penjualannya adalah sekitar RM105 untuk Model B dan RM75 untuk model A.