Cari @ Amanz

Seperti mana yang dijangkakan sebelum ini, setelah Facebook memperkenalkan kemaskini pada Facebook Groups, kini Facebook Pages bakal turut sama menerima sokongan antaramuka Timeline, sekaligus memberikan impak yang lebih menyeluruh untuk jenama dan organisasi dalam menyampaikan dan memasarkan produk mereka.

Melalui notis yang diberikan, Facebook mengatakan rekabentuk baru ini akan diaktifkan pada 30 Mac, berkemungkinan bermula daripada tarikh tersebut, semua Facebook Pages akan mula menggunakan rekabentuk Timeline ini. Namun, bagi yang telah sedia merekabentuk halaman Facebook Pages mereka, maka boleh menerbitkannya dan boleh dilihat pengguna lain serta-merta hari ini.

Sebelum ini, pihak Facebook telah pun memperkenalkan sokongan Facebook Timeline pada profil dengan sokongan OpenGraph yang lebih baik, selain turut memperkenalkan kemaskini pada Facebook Groups dengan menyertakan beberapa elemen daripada rekabentuk Timeline.

Jadi, bagi anda, adakah antaramuka Timeline pada Facebook Pages lagi efektif ataupun sebaliknya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd