Windows 8 Consumer Preview Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Semua

Windows 8 Consumer Preview Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Semua

Diterbitkan pada Feb 29, 2012 oleh .

Hari ini, pada acara Mobile World Congress yang diadakan di Barcelona, Microsoft telah pun melancarkan Windows 8 Consumer Preview kepada umum, membawakan pelbagai perubahan, dan kini sedia untuk dimuat-turun dan digunakan oleh semua, sebelum versi akhirnya dilancarkan tidak lama lagi.

Seperti pada versi Developer Preview, ia ditawarkan secara percuma, dimana para pengguna boleh mendapatkannya tanpa sebarang pendaftaran dan sebagainya.

Menurut Microsoft, melalui Windows 8 Consumer Preview, mereka membawakan lebih daripada 100,000 perubahan padanya, yang semestinya menyertakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan Windows Store padanya.

Seterusnya, Microsoft akan menghabiskan beberapa bulan untuk membina versi RC (Release Candidate), sebelum versi akhir aplikasi tersebut dilancarkan pada penghujung tahun ini. Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Windows 8 Consumer Preview hari ini, dan mencubanya sekarang.


TIPS & ULASAN