Cari @ Amanz

Salah satu acara menarik yang diadakan dikalangan pembangun tempatan adalah HackWeekend. Beberapa idea sebelum ini telah pun dimajukan kepada setapak kehadapan lagi, seperti TaxiMonger dan sebagainya. Dan bagi para pembangun yang berminat, kini acara tersebut kembali lagi, dan disasarkan akan menjadi lebih besar daripada sebelumnya pada penghujung bulan ini.

Buat masa ini, kami masih belum ketahui tarikh rasmi untuknya. Bagi yang tidak ketahui akan HackWeekend, ia merupakan salah satu acara yang diadakan selang beberapa bulan, menemuka semua pembangun aplikasi dan web tempatan mahupun antarabangsa.

Melalui acara tersebut, para pembangun boleh membangunkan aplikasi kegemaran mereka bersama-sama rakan-rakan yang lain dalam satu pasukan. Kebiasaannya, sebuah tema khas diberikan, membolehkan semua memfokuskan dalam mengatasi perkara dalam sesuatu kategori atau tema itu.

Ia akan berlangsung selama lebih kurang 2 hari, dimana memerlukan para pembangun menyiapkan aplikasi mereka dalam masa kurang 24 jam, daripada fasa mencari idea, sehingga menyiapkan prototaip berfungsi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd