Cari @ Amanz

Dengan Facebook yang dalam menyenaraikan syarikat mereka sebagai syarikat awam, kini mereka telah pun mula memfokuskan kepada menjana pendapatan melalui perkhidmatan mereka, dimana mereka akan mula memaksimakan pengiklanan pada laman mereka, sekaligus menguntungkan para pengiklan, organisasi dan juga jenama melalui laman sosial terkemuka itu.


Iklan Pada Facebook [via]

Melalui acara fMC (Facebook Marketing Conference), Facebook mengumumkan beberapa pilihan pengiklanan yang bakal ditawarkan oleh mereka dalam memberikan impak yang lebih berkesan kepada para pengiklan. Beberapa lokasi disediakan, termasuk di News Feed seperti diperlihatkan sebelum ini, serta pada beberapa bahagian, termasuk pada laman Facebook di peranti mudah-alih dan juga pada halaman log keluar Facebook.

Perkara ini, dikatakan akan memberikan impak yang lebih menyeluruh kepada kandungan sesuatu organisasi dan juga jenama melalui laman Facebook, dan boleh disasarkan mengikut lokasi dan juga pelbagai pilihan demografik yang lain.

Awal sebelum ini, semalam Facebook turut memperkenalkan sokongan Facebook Timeline untuk halaman Facebook Pages, bersesuaian untuk jenama dan organisasi untuk terus mengoptimasikan halaman mereka, selain turut memudahkan pemilik sesuatu halaman itu dihubungi.

Namun, persoalannya, adakah pengguna akan mula terganggu dengan pelbagai iklan yang bakal diperlihatkan oleh Facebook kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd