Fungsi Blur merupakan salah satu fungsi popular pada aplikasi Adobe Photoshop. Menurut pembangunnya, melalui sokongan tersebut, ia membolehkan para pengguna menjadikan sesuatu gambar itu lebih fokus, dan tertumpu kepada satu perkara utama, dan untuk membuatnya menggunakan kamera, ia memerlukan peralatan tambahan mahupun teknik tersendiri untuknya.
Melalui Adobe Photoshop 6, fungsi ini dipermudahkan, dimana para pengguna dengan pantas boleh memilih lokasi yang mereka ingin fokuskan, selain saiz gambar mereka yang jelas, dan juga yang kabur.
Ia juga mengambil masa yang lebih singkat berbanding kebiasaannya, dan membolehkan anda menggunakannya pada gambar dengan lebih pantas, dan menjadikan gambar anda lebih menarik lagi.