Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan Windows 8 Consumer Preview semalam, Microsoft turut sama mengeluarkan versi pembangunan kemaskini untuk pelayar web mereka generasi akan datang, iaitu Internet Explorer 10 Platform Preview 5, dimana seperti semua sedia maklum, dan telah ketahui, ia membawakan antaramuka Metro yang dioptimasikan sepenuhnya untuk tablet, dan juga desktop.

Melalui pelayar web Internet Explorer 10 Platform Preview 5, ia membawakan sokongan penuh untuk HTML5 dan JavaScript, dimana melalui IE10, Microsoft telah pun mengambil-langkah untuk tidak lagi menjalankan plugin pihak ketiga, seperti Adobe Flash, Java dan sebagainya pada pelayar web mereka.

Mereka yang berminat boleh menguji Internet Explorer 10 Platform Preview, sebelum versi akhirnya dilancarkan pada tahun ini. Selain daripada Microsoft, Mozilla juga sedang membangunkan pelayar web berasaskan Metro mereka yang dioptimasikan untuk Windows 8.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd