Angka Jenayah Siber Sepanjang Tahun 2011 Meningkat Sebanyak 88%

Angka Jenayah Siber Sepanjang Tahun 2011 Meningkat Sebanyak 88%

Diterbitkan pada Mac 1, 2012 oleh .

Dengan peningkatan penggunaan teknologi, salah satu perkara yang turut sama meningkat adalah jenayah siber. Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh pihak CyberSecurity, ia menunjukkan dimana kadar jenayah siber di Malaysia meningkat sehingga 88% pada tahun lepas.

Dari segi angka jenayah siber yang dilaporkan, pihak CyberSecurity mengatakan terdapat sebanyak 15,218 kes dilaporkan sepanjang tahun lepas, berbanding dengan hanya 8,090 kes sahaja pada tahun 2010. Angka ini hanyalah dari segi kes yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa, dan tidak termasuk angka kes jenayah siber yang tidak dilaporkan pengguna.

Kebanyakkan daripada kes jenayah siber yang dilaporkan adalah kes penipuan siber sebanyak 5,328 kes, cubaan pencerobohan sebanyak 4,433 kes dan juga gangguan siber sebanyak 459 kes. Perkara ini membuatkan lebih kurang RM116 juta kerugian selama dua tahun kesan daripada jenayah siber.

Pada masa yang sama, pihak CyberSecurity turut berkongsi angka pengguna internet di Malaysia, dimana ia dianggarkan terdapat lebih daripada 17 juta pengguna yang mengakses internet setiap hari, dan daripada mereka, secara purata, masa sebanyak 20 jam dihabiskan setiap minggu melayari internet.


TIPS & ULASAN