Carian
Canon Melancarkan Kamera DSLR Terbaru – Canon EOS 5D Mark III
March 2, 2012 Aman

Canon, hari ini secara rasminya telah mengumumkan kamera baru mereka yang dinantikan ramai daripada keluarga siri 5D, iaitu Canon EOS 5D Mark III. Bersama-sama dengan kamera EOS 5D Mark III ini, Canon membawakan pelbagai kemaskini berbanding versi sebelumnya, dan juga dengan sokongan sensor sebesar 22.3 megapixel bersama-sama dengan kamera tersebut.

Canon EOS 5D Mark III turut merupakan salah satu kamera pilihan yang baik untuk merakamkan video, dengan sokongan 6fps untuk rakaman berterusan, dan juga dalam bentuk HD penuh 1080p pada rakaman pilihan 24, 25 dan juga 30fps. Ia turut membolehkan kawalan manual untuk rakaman HD penuh. Video yang dirakamkan disimpan dalam format H.264 untuk memudahkan anda membuat perubahan melalui komputer anda kelak.

Untuk melihat hasil rakaman, ia menyertakan skrin LCD bersaiz 3.2-inci. Bagi para jurugambar, ia turut didatangkan dengan beberapa perkara menarik, seperti kelajuan shutter pada kadar minimum 30saat, dan maksimum 1/8000 saat. Ia turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan USB 2.0 dan juga HDMI mini.

Harga jualannya di Malaysia buat masa ini masih tidak diketahui lagi.

Komen