Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note telah pun dimulakan jualannya pada tahun lepas yang mana membawakan skrin sentuh bersaiz 5.3-inci bersama-sama dengan stylus khas dinamakan sebagai S-Pen. Dan kini, ia diumumkan, Samsung telah pun mencapai jualan sebanyak lebih daripada 2 juta unit peranti tersebut diseluruh dunia.

Bagi ramai pengguna, peranti tersebut bersaiz besar, namun, ia juga menjadi salah satu faktor utama ia diterima ramai. Para pengguna juga meminati sokongan S-Pen yang membolehkan mereka mengambil nota, ataupun membuat lakaran dan sebagainya dengan mudah terus pada peranti mudah-alih tersebut.

Samsung sendiri di Malaysia, mempromosikan peranti ini pada pelbagai lokasi, dengan mengadakan pelbagai roadshow, membolehkan orang ramai mendapat lakaran karikatur mereka secara percuma daripada artis-artis pada acara tersebut, sekaligus pada masa yang sama mempromosikan peranti tersebut kepada orang ramai.

Malah, sebagai tambahan kepada keluarga Galaxy Note, baru-baru ini, pada Mobile World Congress, Samsung turut sama memperkenalkan Samsung Galaxy Note 10.1, membawakan tablet bersaiz 10.1-inci dengan sokongan S-Pen. Samsung juga turut mensasarkan untuk menjual lebih 10 juta Galaxy Note menjelang penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd