Cari @ Amanz

Nampaknya, ramai pengguna yang benar-benar ingin menguji sistem operasi generasi baru daripada Microsoft, iaitu Windows 8. Melalui Tweet terkini yang dihantar oleh pihak Microsoft, mereka mengumumkan dalam tempoh 24 jam, Windows 8 Consumer Preview telah dimuat-turun sebanyak lebih daripada satu juta kali oleh pengguna dari seluruh dunia.

Ia sekaligus memperlihatkan permintaan dan minat para pengguna umum ke atas sistem operasi yang bakal dilancarkan pada penghuung tahun ini kelak. Melalui Windows 8 Consumer Preview, ia membawakan antaramuka Metro yang lebih dioptimasikan dengan beberapa fungsi tambahan, seperti sokongan Windows Store, perubahan pada Charm Bar, perubahan pada Task Manager, sokongan SkyDrive, dan pelbagai perkara tambahan lagi.

Bagi anda yang berminat, anda turut sama boleh memuat-turun Windows 8 Consumer Preview secara percuma dalam bentuk ISO, dan mula menggunakannya dan menguji hari ini, sebelum versi akhirnya dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd