Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Beta 1 Kini Sedia Untuk Diuji

Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Beta 1 Kini Sedia Untuk Diuji

Diterbitkan pada Mac 2, 2012 oleh .

Nampaknya minggu ini, dua sistem operasi terkemuka dunia mengeluarkan versi beta mereka untuk diuji oleh para pengguna. Selepas Microsoft mengeluarkan versi beta mereka melalui Windows 8 Consumer Preview, kini Canonical pula telah pun melepaskan Ubuntu 12.04 LTS Beta 1 kepada para pengguna, dimana sedia untuk dimuat-turun dan diuji oleh semua.

Seperti pernah dilaporkan sebelum ini, melalui Ubuntu 12.04 Precise Pangolin, ia membawakan beberapa kemaskini pada antaramuka Unity, serta integrasi HUD (Head-Up Display) padanya, membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi dengan mudah melalui sokongan Unity, sebagai alternatif kepada menu.

Sokongan integrasi storan awan melalui Ubuntu One turut menerima kemaskini, menggunakan yang berasaskan Qt, mengantikan antaramuka GTK sebelum ini. Pada masa yang sama, Rhytmbox turut didatangkan bersama sokongan Ubuntu Music Store kembali.

Beberapa kemaskini lain turut didatangkan bersama-sama dengan Ubuntu 12.04 Precise Pangolin beta, yang mana kami akan membuat ulasan mengenainya setelah menguji sistem operasi tersebut dalam masa terdekat ini. Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun sistem operasi tersebut yang ditawarkan dalam bentuk beta, sebelum menantikan ia dilancarkan secara rasmi pada 26 April kelak.


TIPS & ULASAN