Pada acara Mobile World Congress, selain daripada peranti berasaskan Android dan juga Windows Phone, salah satu platform yang turut menerima perhatian ramai adalah Mozilla Boot-To-Gecko. Buat masa ini, masih tiada peranti yang dilancarkan bersama-sama dengannya, tetapi para pengguna Samsung Galaxy S2 boleh mengujinya terlebih dahulu, melalui sebuah tutorial ringkas yang disediakan oleh Mozilla..
Salah satu wakil Malaysia ke Barcelona pada acara tersebut, iaitu iTrain telah berkesempatan untuk menguji sistem operasi tersebut terlebih dahulu, dan telah pun mengeluarkan beberapa gambar yang dirakamkan oleh mereka untuk memberikan idea awal bagaimana platform Boot-To-Gecko itu kelihatan.
Sementara menantikan aplikasi tersebut dilancarkan kepada umum, para pengguna yang berminat, boleh menguji sendiri platform Boot-To-Gecko itu melalui pelayar web Firefox anda dengan melayari sebuah laman khas yang disediakan pembangun bebas.
Jadi, adakah Boot-To-Gecko akan memberikan saingan hebat kepada platform yang sedia ada?