#Santai : Video Sokongan Magikal Pada Apple iPad 3

Diterbitkan pada Mac 3, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iPad 3 bakal diumumkan oleh Apple pada minggu hadapan, 8 Mac (mengikut waktu tempatan), yang mana semestinya akan membawakan beberapa sokongan baru padanya. Sehingga kini, apa yang diperkatakan adalah ia akan membawakan skrin resolusi tinggi, dan juga cip pemprosesan empat-teras padanya.

Apple seperti biasa, hanya akan mengumumkan segalanya pada acara mereka kelak. Dan sementara menantikan pengumuman rasmi Apple dalam beberapa hari lagi, kini, sebuah video lucu dihasilkan, memperlihatkan beberapa fungsi “magikal” pada iPad 3. Mungkin ia boleh dijadikan sebagai tontonan santai anda pada hari Sabtu ini.

Apple dijangka mengumumkan iPad 3 pada 8 Mac, pukul 2 pagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami