Cari @ Amanz

Pengeluar telefon bimbit Mobiado telah pun mula menjual Grand Touch Aston Martin. Telefon pintar Android ini merupakan peranti kedua dikeluarkan oleh syarikat yang berasal dari Kanada ini untuk Aston Martin. Grand Touch sebelum ini, pertama kali dipertontonkan Ogos tahun lepas.

Grand Touch diperkasakan dengan pemproses 1GHz Cortex A8 satu teras, kamera 5 Megaixel serta skrin sesentuh SLCD 4″ dengan resolusi 480 x 800 pixel. Ia mempunyai muatan dalaman terbina sebanyak 16 Gigabyte dan RAM sebanyak 512 Megabyte. Dari segi spesifikasi Grand Touch jauh ketinggalan dengan apa yang terjual dipasaran sekarang.

Keunikan peranti ini terletak pada bahan binaan dan kemasannya. Terdapat lima pilihan rekaan yang boleh dipilih dan anda boleh memilih sama ada mahu Grand Touch versi aluminium atau emas serta kemasan ibu mutiara. Panel baterinya pula diukir dari kristal nilam. Pihak Mobiado tidak memberikan sebarang harga saranan. Ini bermakna lebih baik anda membeli peranti yang ada dijual di Low Yat daripada membazir membeli peranti berjenama tetapi mahal dan sampah ini. Mengapakah ianya sampah? Kerana Grand Touch sebenarnya sebuah Samsung Google Nexus S!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd