Cari @ Amanz

Tizen terus mendapat sokongan pengeluar peranti pintar, dimana terkini Huawei turut sama menyokong pembangunan Tizen, dan telah menyertai badan pengarah untuk Tizen, bersama-sama dengan jenama terkemuka lain, seperti Intel dan juga Samsung.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan Huawei bakal hadir dengan peranti pintar Tizen tidak lama lagi, selain daripada peranti Android yang dikeluarkan mereka pada masa kini. Melaluinya juga, diperkatakan Huawei akan hadir dengan peranti yang memfokuskan pelbagai jenis pasaran dan pengguna.

Selain daripada pengumuman penyertaan Huawei, pihak pembangun Tizen juga telah mengeluarkan Tizen SDK dalam bentuk Beta, yang membawakan beberapa kemaskini, serta sokongan pada Ubuntu selain daripada Windows yang telah sedia diperkenalkan, untuk memudahkan pembangun membangunkan aplikasi mereka.

Buat masa ini, bilakah peranti pertama untuk Tizen akan dikeluarkan masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd