Cari @ Amanz

Nampaknya, setelah memperkenalkan pengiklanan pada halaman log keluar pada Facebook, kini mereka telah pun mendapat iklan pertama, iaitu daripada Microsoft. Iklan yang diperlihatkan adalah dari perkhidmatan mereka, Bing, membolehkan para pengguna turut membuat carian serta-merta terus daripada halaman Facebook.

Untuk makluman, Facebook memperlihatkan iklan ini secara rawak, kepada mereka yang log keluar daripada perkhidmatan tersebut. Ia merupakan salah satu langkah bijak untuk mengiklan, dimana biasanya para pengguna umum tidak mempunyai sebarang idea untuk melakukan sebarang perkara selepas mereka log keluar daripada sesuatu perkhidmatan, dan ini akan memberikan impak yang lebih meluas kepada pengiklan.

Jadi, adakah selepas ini kita akan dapat melihat sebarang iklan Google+ pada halaman log keluar Facebook?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd