Carian
Angka Muat-Turun Aplikasi Pada Apple AppStore Melangkaui 25 Billion
March 3, 2012 Aman

Akhirnya, kini Apple telah pun melalui halaman iTunes mereka mengumumkan dimana telah berlaku lebih daripada 25 billion muat-turun aplikasi melalui iOS App Store sehingga ke hari ini, sekaligus memperlihatkan pencapaian besar Apple dalam tempoh kurang 4 tahun sejak AppStore dilancarkan, iaitu pada Julai 2008.

Beberapa minggu sebelum ini, Apple sendiri telah menyediakan hadiah bernilai $10,000 kepada pengguna yang memuat-turun aplikasi yang ke-25 billion, dan kini ianya telah pun berakhir, dan Apple bakal mengumumkan pemenangnya tidak lama lagi.

Dengan angka-muat turun melangkaui 25 billion ini, ia sekaligus meletakkan Apple di hadapan berbanding penyedia kedai aplikasi lain, seperti Android Market, Nokia Store dan sebagainya. Namun kedudukan ini mungkin berubah dalam masa setahun dua lagi.

Komen