Carian
Google Bakal Memperkenalkan Sokongan Bantuan Suara Dikenali Google Assistant?
March 3, 2012 Aman

Google Voice Actions yang terdapat pada Android sememangnya merupakan salah satu aplikasi berasaskan suara yang terbaik di pasaran, yang turut didatangkan dengan sokongan bahasa Malaysia, dan pelbagai bahasa lain. Dan untuk tahun 2012 ini, nampaknya, Google mempunyai perancangan baru, dalam memperkenalkan sokongan yang dikenali sebagai Google “Assistant” kepada umum.

Bagi yang mengingati, sebelum ini, ia diperkatakan Google bakal memperkenalkan sokongan bantuan suara dikenali sebagai Majel. Namun, menurut TechCrunch, Google “Assistant” bukanlah sebahagian daripada Majel itu, tetapi sebaliknya produk berbeza.

Melalui sokongan Google “Assistant kelak, ia bakal memudahkan para pengguna mendapatkan informasi dan pengetahuan berkaitan sesuatu perkara dengan pantas. Pada masa yang sama, ia akan diintegrasikan pada enjin carian mereka, membolehkan ia diakses menggunakan sebarang platform. Dan menariknya, Google bakal membuka peluang untuk para pembangun, untuk menggunakan Google “Assistant” dalam aplikasi, laman web dan sebagainya, sekaligus membawa sokongan tersebut ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Google “Assistant” diperkatakan akan diperkenalkan oleh Google pada suku tahun ke-empat tahun ini. Maklumat lanjut berkaitan dengan sokongan ini masih lagi samar-samar buat masa ini.

Komen