Google sentiasa berekspiremen dengan pelbagai perkara baru pada produk mereka termasuk pada pelayar web Google Chrome. Terbaru, mereka telah pun memperkenalkan halaman tab baru pada pelayar web tersebut, dan melalui versi pembangunan pelayar web tersebut yang terkini, Google menguji tab baru dinamakan sebagai Suggested.
Halaman tab baru ini adalah tambahan kepada halaman tab sedia ada, iaitu Apps dan juga Most Visited. Melalui tab baru iaitu Suggested ini, ia mungkin bakal memperlihatkan halaman web yang bersesuaian dengan cara para pengguna menggunakan pelayar web Google Chrome.
Namun seperti biasa, ia masih pada peringkat awal pembangunan, dan tidak semestinya hadir pada versi akhir kelak. Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh menguji fungsi ini dengan memuat-turun pelayar web Chromium terkini, dan melihat sendiri halaman tab baru ini.