Cari @ Amanz

Pada bulan lalu, Mozilla telah pun memperkenalkan sokongan identiti daripada mereka dibawah jenama Mozilla Persona. Perkara tersebut turut menjadikan Mozilla terpaksa menukar penggunaan jenama Personas untuk khidmat rekabentuk tema yang dibangunkan oleh para pengguna. Hari ini, mereka memperkenalkan kembali Personas yang dikenali sebagai Themes.

Selain daripada itu, Mozilla juga turut sama memindahkan laman Personas kepada halaman Mozilla Addon dibawah kategori Themes. Perkara ini sekaligus akan memudahkan para pengguna untuk melawat hanya satu laman untuk menambah pelbagai perkara tambahan kepada pelayar web Firefox mereka, samada dari segi plugin mahupun rekabentuk tema.

Mungkin ini merupakan langkah awal daripada Mozilla, dimana sepanjang tahun 2012 ini, mereka dijangka akan hadir dengan pelbagai produk menarik, dimana antaranya adalah termasuk Firefox versi Metro, platform mudah-alih Boot-To-Gecko, Mozilla Marketplace, sokongan identiti Mozilla Persona, disamping terus menambah-baik produk sedia ada mereka, terutamanya Firefox dan juga Thunderbird.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd