Mari0 Membawakan Permainan Super Mario Bros Dengan Gabungan Elemen Portals

Mari0 Membawakan Permainan Super Mario Bros Dengan Gabungan Elemen Portals

Diterbitkan pada Mac 4, 2012 oleh .

Salah satu permainan sepanjang zaman adalah Super Mario Bros, yang masih lagi menjadi salah satu permainan yang diminati ramai sehingga ke hari ini. Dan menariknya, salah satu pembangun bebas, Stab Yourself, kini telah pun mengeluarkan permainan tersebut dibawah nama Mari0 yang mana membawakan sedikit gabungan elemen daripada Portal.

Memandangkan ia membawakan elemen daripada permainan Portal, ia menjadikan permainan tersebut lebih menarik untuk dimainkan berbanding permainan biasa.

Permainan Mari0 ini juga disokong pada pelbagai platform, membolehkan anda yang menggunakan komputer Windows, Linux mahupun Mac memainkannya tanpa sebarang masalah. Kod sumber permainan tersebut turut dilepaskan oleh pembangunnya, membolehkan mereka yang berminat membangunkan atau melihat kod sumbernya untuk memuat-turun dan mengubah-suai perkara tersebut.

Jadi, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan Mari0 hari ini, dan memainkannya secara persendirian, atau bersaing bersama rakan-rakan anda yang lain.


TIPS & ULASAN