Cari @ Amanz

Bagi mereka yang meminati tablet daripada pihak Sony, iaitu Sony Tablet S, ia telah pun mula dijual dipasaran tempatan bermula minggu lepas, dan kini syarikat telekomunikasi Yes turut sama menawarkan peranti tersebut bersama-sama dengan pakej internet mereka pada harga serendah RM1288.

Untuk makluman, Sony Tablet S ditawarkan pada harga RM1499 untuk versi 16GB manakala RM1799 untuk vrsi 32GB, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Sony seluruh negara. Namun, seperti biasa, anda perlukan talian telekomunikasi untuk menggunakan tablet tersebut, mungkin anda boleh mendapatkannya melalui Yes yang menawarkan melalui pelan bulanan mereka sebanyak RM168 sebulan dengan had penggunaan data sehingga 10GB.

Melalui Sony Tablet S, ia membawakan tablet yang memfokuskan kepada hiburan dan kandungan digital, dimana didatangkan bersama-sama dengan skrin sentuh 9.4-inci, sokongan permainan PlayStation, kandungan video dan muzik dari Sony, dan beberapa perkara tambahan lagi. Memandangkan ia hanya ditawarkan dalam bentuk versi WiFi, maka pembelian melalui Yes turut didatangkan bersama-sama dengan Yes Huddle, untuk membolehkan anda menggunakannya ketika bergerak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd