Aplikasi My Prayer Time Diperkenalkan Untuk Platform Windows Phone

Aplikasi My Prayer Time Diperkenalkan Untuk Platform Windows Phone

Diterbitkan pada Mac 5, 2012 oleh .

Untuk platform seperti Android dan iOS, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan waktu solat semasa mengikut lokasi anda di Malaysia, dan kini sebuah aplikasi diperkenalkan untuk platform Windows Phone, dinamakan sebagai My Prayer Time yang mana membolehkan para pengguna tempatan mengetahui waktu solat semasa mengikut lokasi mereka.

Ia turut sama didatangkan dengan antaramuka yang ringkas dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Para pengguna boleh mendapatkan info mengikut lokasi daerah mereka sama seperti beberapa aplikasi lain pada platform mudah-alih sedia-ada.

Aplikasi ini dibangunkan oleh MSP Malaysia, dan boleh dimuat-turun oleh semua pengguna Windows Phone seluruh dunia secara percuma.


TIPS & ULASAN