Cari @ Amanz

Android 5.0 Jelly Bean masih lagi belum dilancarkan kepada umum buat masa ini, dan masih tidak diketahui tarikh pasti bilakah ianya akan dilancarkan. Namun, seperti biasa, ura-ura mengenai nama Android versi akan datang sudah pun mula kedengaran, dimana diperkatakan ianya akan dikenali sebagai “Key Lime Pie”.


Key Lime Pie [via]

Ia masih lagi pada peringkat ura-ura, dan mungkin hanyalah cadangan awal yang dibincangkan secara dalaman oleh Google. Google sendiri masih lagi belum mengumumkan Jelly Bean sebagai nama rasmi untuk Android versi akan datang, walaupun telah memberi beberapa petanda mengenainya pada Mobile World Congress.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Android “Key Lime Pie” akan dilancarkan, dan apakah angka versi yang bakal digunakan olehnya kelak. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai makanan Amerika yang dipanggil Key Lime Pie ini, boleh rujuk artikel yang disediakan pada WikiPedia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd