Cari @ Amanz

Para pengguna Samsung Galaxy S2 nampaknya tidak lagi perlu root dan sebagainya untuk menguji versi pembangunan ataupun ROM untuk Ice Cream Sandwich. Kini, dilaporkan Samsung bakal mula memperkenalkan kemaskini ICS kepada Galaxy S2 bermula daripada 15 Mac ini.

Sebelum ini, Samsung menjanjikan akan memperkenalkan kemaskini ICS kepada para pengguna Galaxy S2 dan beberapa peranti lain bermula pada suku tahun pertama 2012, dan nampaknya mereka akan menepati janji tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Samsung Israel melalui halaman Facebook mereka, memperlihatkan kemaskini ICS untuk Galaxy S2 akan diperkenalkan secara berperingkat bermula daripada pertengahan bulan ini untuk para pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd